PERTUKARAN DAN GUGURKAN JAWATAN EN MOHD SABRI BIN MOHD SAIDI SEBAGAI PENGETUA

Petisyen Pemohonan untuk Mengugurkan jawatan Pengetua Encik Mohd Sabri Bin Saidi Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. Petisyen ini dibuat untuk memohon pihak Pejabat Pendidikan Daerah Klang menilai Kembali jawatan pengetua yang ditauliahkan kepada beliau kerana beberapa sebab terutama melibatkan kopetensi dan kelemahan tadbir urus beliau semasa menguruskan sekolah SMK Bukit Kapar. Sebelum beliau ditugaskan di sekolah ini, konsep pemuafakatan dan kecemerlangan akademik dititikberatkan oleh pengetua terdahulu. Namun segalanya berubah semenjak beliau berkhidmat disini dan beliau telah mengabaikan pembudayaan yang baik yang telah tersemai sebelum ini. Hasilnya, pelbagai kepincangan berlaku melibatkan akar umbi terutamanya melibatkan guru-guru disekolah ini. Hal ini pihak tuan boleh rujuk pada surat yang dilampirkan Bersama-sama petisyen ini. Beliau telah bersikap “Little Nepolean” dalam kalangan guru dan seringkali mengeluarkan arahan yang tak relevan dan menekan mental emosi dan guru. Sebagai contoh:-

1.       Guru terpaksa menggantikan masa bekerja sekiranya ada temujanji dengan doktor (walaupun pihak klinik/hospital telah memberikan time slip)

2.       Mengugurkan subjek Prinsip akaun kepada pelajar yang tidak cemerlang semasa peperiksaan pertengahan tahun.

3.       Memberi tekanan mental dan fizikal kepada guru. ada guru wanita menangis kerana dia merupakan individu yang tidak bertimbang rasa malah memberi arahan yang tak masuk akal.

4.       Mengarahkan guru menjawab surat tunjuk sebab walau kesalahan kecil sedangkan boleh ditegur secara lisan terlebih dahulu dan perkara tersebut boleh bawa bincang. Sebagai contoh, guru tersebut tidak pernah hadir lewat sepanjang tahun tetapi hujung tahun guru tersebut hadir lewat sebanyak tiga kali (lewat antara 2-3 minit) terus diberikan surat tunjuk sebab tanpa amaran.

5.       Tidak menitikberatkan prestasi akademik dan tidak ada pelan pembangunan akademik yang signifikan dengan status sekolah TS25.

6.       Pembayaran melibatkan aktiviti sekolah sukar dibuat kerana terlalu banyak kerenah birokrasi dan terpaksa melalui prosedur yang menyulitkan. Contohnya, pembayaran sewaan khemah pada hari sukan menjadi sulit kerana Tindakan beliau yang mengarahkan 3 sebut harga dibuat pada waktu yang singkat sedangkan kesalahan asal berpunca dari beliau dan guru-guru terpaksa selesaikan masalah tersebut demi kelancaran majlis.

7.       Prasarana dan kemudahan sekolah terbiar dan tidak terjaga. bumbung sekolah yang masih baru runtuh malah dataran tidak di selenggarakan dengan baik(tuan boleh melawat sekolah dan menilai sendiri pengurusan aset dan prasarana. sekolah baharu tapi terabai)

8.       bermusuhan hampir dengan semua guru dibawahnya. hampir semua guru disekolah pernah dikenakan arahan dan amaran tidak munasabah malah mewujudkan jurang yg jauh antara guru dengan pentadbir.

9.       Bersemuka dengan murid apabila murid tersebut mengemukan aduan secara beramai-ramai mengenai masalah kipas di dalam kelas. (aduan beramai-ramai dibuat kerana sudah empat bulan kipas tersebut tidak dibaiki walau telah dimaklumkan. Ini mewujudkan suasana tidak kondusif didalam kelas)

10.   Memalukan emcee dengan memarahi mereka secara terbuka dikhalayak ramai termasuk VIP yang hadir.

11.   Secara kerap mengugut dan mempertikaikan halal haram gaji yang diperolehi oleh guru.

12.   Guru mendapat lampiran kertas berbaur ugutan berkaitan isu tatatertib supaya guru akur dan tunduk akan kekuasaan dia.

13.   Banyak membuang masa dengan mencari kesalahan berbanding meningkatkan akademik sekolah. Akibatnya guru mengalami depresi dan tekanan perasaan.

14.   Memburukkan guru-guru SMK Bukit Kapar pada pengetua-pengetua sekolah lain dan guru-guru baharu yang baru melaporkan diri

15.   Meletakkan bilik kaunseling di aras 3 walhal guru-guru ni sukar untuk bergerak kerana masalah kesihatan( ada pengesahan doktor)

16.   Guru kaunseling mendapat jadual waktu pdp

17.   Nama pengetua tidak boleh dimasukkan didalam jadual anjal dan tidak boleh diberikan relief atas alasan untuk memudahkan dan melancarkan urusan peperiksaan.( tugas itu sepatutnya dilakukan oleh S/U peperiksaan)

18.   Mengubah perkeliling sedia ada unutk kepentingan diri sendiri dengan alasan perkeliling sedia ada itu salah. Justeru perkeliling sentiasa memihak pada dia.

19.   Tidak mempercayai alasan guru yang ditimpa musibah dan sakit malahan menganggap guru itu suka mencari alasan.

20.   Tidak menjadi suri tauladan yang baik kepada guru dan murid. Bersikap bengis, mengugut dan ketara menunjukkan kuasa dihadapan para guru.

21.   Gagal menjadi ketua jabatan yang berintegriti dan berhemah. Setiap Tindakan berasakan logik akal dan bukan memikirkan kesan sampingan.

Senarai diatas hanyalah cebisan kecil isu yang telah dilakukan Encik Mohd Sabri di sekolah kami. Sekiranya tuan ingin tahu lebih lanjut, mohon bentuk jawatankuasa siasatan untuk melihat sejauh mana kerosakan yang telah dilakukan oleh pengetua kami. Demi masa hadapan SMKBK yang lebih cerah sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dan tidak menambah risiko serta membahayakan, mencemarkan nama baik SMKBK sebagai sekolah TS25 di Malaysia, seluruh warga pendidik dan ibubapa pelajar SMKBK amat mengharapkan arahan pertukaran sekolah terhadap En. Mohd Sabri Bin Mohd Saidi dilaksanakan. Kami berharap pihak pihak tuan mendengar rintihan dan rayuan kami dan memberi kerjasama untuk tandatangan petisyen ini.sabb.jpeg

Sekian, Terima Kasih      

Sign this Petition

By signing, I accept that GuruGuruTerainaya will be able to see all the information I provide on this form.

We will not display your email address publicly online.

We will not display your email address publicly online.


I give consent to process the information I provide on this form for the following purposes:




Paid advertising

We will advertise this petition to 3000 people.

Learn more...